Melissa Bukan Pembunuh. #2

'Mel!Mel! Tunggu aku! Aku cuma nak bekerja dengan kau! Aku nak jadi pembantu kau! Aku nak belajar dengan kau!' pekik Maria dari jauh. Masuk hari ini sudah 3 hari dia mengekori aku terkejar sana sini hanya kerana mahu menjadi pembantu aku disamping mahu belajar tentang ilmu solekan. Aku gopoh gapah berjalan keluar dari kedai yang menjual alatan pertukangan itu gara-gara Maria. Dia mengekori aku sehingga ke tempat aku memarkir kereta. 'Apa kau nak?' jawab aku dingin. 'Aku cuma nak belajar dan nak membantu kau. Aku sahabat lama kau Melissa..' Maria mengakhiri ayatnya dengan wajah sayu. Aku diam. 'Masuklah' balas aku tanpa memandang wajah Maria. Tangan aku pantas menghidupkan enjin kereta.

'Melissa, tahniah. Aku dengar kau jurusolek handal sekarang. Kau dah solek para model kan? Aku kagum betul dengan kau, dari dulu aku kagum dengan kau Melissa walaupun kau dan keluarga kau...' aku terus menoleh kekiri dan merenung Maria tajam tepat ke dalam anak matanya. 'Jangan bicara soal sejarah dengan aku' bidas aku keras dan memandang kehadapan semula. 'Satu hal lagi, bukan semua model aku solek dengan baik. Ada yang aku solek sehingga kelihatan ngeri dan aku belum mencapai tahap handal.' Kaki aku terus memijak pedal minyak memecut kehadapan.

**********

Sudah 2 hari dia disini. Hari ini dia kelihatan tidak tenang. Apakah dia tahu rancangan istimewa aku? Sementara aku berfikir, tangan aku pantas menyusun gincu, pemerah pipi, pembayang mata ke dalam kotak merah jambu yang memang aku tempatkan khas untuk alatan solekan aku. Alatan yang 'sebenar' sudah aku susun kemas di loteng. 'Ini apa Melissa?' Maria yang sedari tadi membisu kini bersuara. 'Oh, itu boneka bertali milik rakan aku. Dia gemar akan boneka seperti itu. 'Kau kenapa dari tadi aku tengok murung je?' soal aku ingin tahu. 'Aku rasa tak sedap hati la. Macam ada sesuatu yang bakal berlaku.' Aku diam dan senyum. 'Maria, memang ada sesuatu yang bakal berlaku.' getus kata hati aku.


Maria kini dibilik air. Aku diloteng sudah menyediakan alat solek kegemaran. Paku, penukul dan gergaji yang aku beli tempoh hari sudah tersusun. Patung kesayangan telah aku utus ke bilik air. Hanya tunggu jeritan atau panggilan manja dari si cantik Maria sahaja maka upacara menyolek bakal berlansung. 'Melissaa!! Melissaaa !!' aku senyum mendengar pekikan Maria yang memang aku nanti. 'Masa untuk mengandam...' bisik aku perlahan. Aku bergegas turun kebawah. Maria yang hanya bertuala menerpa dan memeluk aku. Takut dengan utusan kecil aku. Aku lagak seperti lelaki yang sedang melindungi teman wanita. 'Kenapa ni?' soal aku lembut sambil tangan mengusap belakang Maria. Sebelah tangan lagi aku genggam erat picagari dan dengan senyuman sinis mudah saja aku menikam belakang Maria dengan ubat pelali. Maria tewas.
'Pang!! Aku tampar Maria supaya bangun. Aku sudah tidak sabar memulakan acara. Maria mengerang perlahan. Pening masih belum hilang barangkali. Bila dia buka mata luas, dia mula terpekik terlolong. Acara permulaan yang memualkan aku. Aku tidak menghiraukan dia yang sudah aku ikat kemas di tab mandi. Alatan aku susun rapi dilantai. Maria mengerang bagai orang gila sambil memaki hamun nama Melissa. Melissa mana lah yang dimakihamunkan itu. Aku hanya ketawa kecil.


'Kau mahu jadi pembantu aku bukan Maria? Mari aku ajarkan kau cara-cara mencantikkan seseorang. Maaflah, aku tiada model yang sukarela mahu menjadi bahan demonstrasi. Kau pelajar dan kau juga model tak menjadi satu kesalahan bukan? Hmm.. mula-mula, aku mahu solek bibir kau..' Maria meronta-ronta seperti lembu yang sedang disembelih. Aku mencapai pemetik api lalu wajah Maria aku rentap rapat ke wajah aku. Wajah dia hanya beberapa inci sahaja dari aku. Dagunya aku tekan kuat supaya dia tidak bergerak-gerak. Aku nyalakan pemetik api sambil bernyanyi kecil, aku gincukan bibirnya. Cecair putih mula meleleh akibat isi bibir yang terbakar. Maria mengerang lebih deras. Makin deras rontaan, makin lama aku layurkan gincu berwarna oren itu di bibirnya. Biar dia rasa seksa. Biar dia rasa perit. Bibir inilah salah satu punca masalah. Nafasnya makin laju. Bibir yang dipakaikan gincu keazaban tadi menjadi tebal, merah dan bau daging terbakar yang meloyakan mula memenuhi kamar mandi aku.'Phewwww..' aku meniup bibir Maria perlahan. Cantik gincu ini, aku suka.

Selesai gincu, aku ambil utusan kecil atau patung Barbie yang dicampak Maria tadi. Aku belai rambut patung Barbie itu. Aku ambil sebilah paku panjang serta penukul. Mata paku aku halakan tepat ke anak mata mangsa. 'Tuk tuk tuk !' aku tukul dlm mata Maria. Maria menjerit lantang. Darah memercik bersama cecair dari bebola mata Maria. Aku benci jeritan yang lantang, aku ambil utusan kecil yang matanya turut dipaku dan aku sumbat ke dalam mulut Maria. Maria sudah lemah manakala aku semakin taksub menghias Maria. Kemudian, aku angkat salah satu gergaji baru yang aku beli tempoh hari. Aku tekankan jari telunjuk aku pada mata gergaji untuk menguji tahap ketajaman. Darah keluar sedikit dari jari aku pantas aku hisap darah itu. Tajam. Aku pegang betis Maria, aku hiris perlahan-lahan menggunakan gergaji. Darah memancut deras sehingga terpercik ke wajah aku, tab mandi menjadi semakin merah. Ahh, mata gergaji sudah berkenalan dengan tulang. 'Praakk!' Aku berdiri lalu pijak betis dia manakala tangan aku sedaya upaya mematahkan kaki panjang milik si cantik manis itu. Aku mahu tulang. Aku mahu tulang betis Maria. Maria hanya mengerang lemah. Mata sudah berpaku, bibir sudah bergincu. Cantik! Sementara menikmati keindahan Maria hasil solekan aku, tangan aku laju menyiat-nyiat isi di kaki Maria yang aku potong tadi. Aku lihat Maria yang tidak berkaki membisikkan sesuatu sambil menggerakkan kepalanya perlahan-lahan. 'Apa yang kau mahu, bidadari?' telinga aku rapatkan kebibirnya yang sudah terbakar. 'Aku mahu.... mati...' bisik Maria dengan suara sangat perlahan. Aku tak pedulikan permintaanya itu.Aku senyum menampakkan lesung pipit.


'Mahu mati pada aku ibarat kau mahu larikan diri dari hukuman. Aku benci manusia seperti kau. Kau perlu rasa apa itu penderitaan sebelum kau terbang ke alam kematian. Itu janji aku. Itu janji aku pada orang keji seperti kau. Kau ingat Natalie? Dia seperti kau. Dan kau bodoh sama seperti dia sebab datang menghampiri aku yang yang memang menantikan kalian untuk memberi hadiah penderitaan ini pada kalian berdua!' tangan aku pantas kangkangkan kaki Maria yang kudung sebelah. Aku rentap tuala yang sudah bertukar warna merah darah lalu aku rodok kemaluannya dengan tulang dia sendiri. 'Ini untuk anak yang kau bunuh. Anak yang kau gugurkan. Aku guna tulang kau juga kerana aku mahu kau tahu bagaimana rasa sakitnya dikhianati anggota badan dan darah daging sendiri. Kau merelakan bayi kecil itu terhasil lalu kau bunuh dia!' Tangan aku tak henti henti menusuk tulang itu kedalam kemaluan perempuan cantik yang bernama Maria. Darah mengalir laju dan lubang kemaluannya sudah lunyai. 'Bunuh aku.. Bunuh aku..' bisik Maria perlahan dengan linangan airmata.


'Kreeekkkk...' Tiba-tiba pintu bilik air dibuka. Aku menoleh kebelakang. Susuk tubuh seorang jejaka yang aku kenali. 'Kau lambat, tayangan hampir selesai.'

Aku pandang Maria semula sambil tersenyum manis. 'Oh, Maria, kenalkan. Rakan empunya boneka bertali itu. Mikhail Maverick..'

4 comments:

ghost said...

melissa ray punya ruang.kisah KH adaptasi dari sini lar ye..

good.

Melissa Ray said...

hai ghost.

aQ bLuEs said...

kisah dendam manusia..

lavender harum wangi said...

seram nya. tak mau aku pakai jurusolek. aku pun bukan suka sgt bersolek. lulz