Melissa Bukan Pembunuh. #1

'ergghhh. ergghhh!!' . Natalie baru tersedar dari lena yang panjang. Lena sambil berdiri. Dia aku ikat di sebatang tiang buruk yang terdapat di bilik loteng itu manakala rambutnya dibelit kemas di besi tingkap. Aku tersenyum sambil menyusun 'alat-alat solek' di atas meja. Pisau diletakkan melintang antara bibir atas dan bawah kemudian diikat kemas dengan kain merah jambu yang panjang. 'Erghh! Erghh! ' Natalie berusaha mengatakan sesuatu namun yang dia dapat hanya darah yang mengalir di tepi bibirnya akibat pisau yang aku ketapkan dibibirnya. Natalie meronta-ronta sekuat hati tapi tidak berjaya, malahan hanya menambah kesakitan kepala apabila rambut panjangnya terbelit kemas di besi-besi tingkap itu menjadi tegang sehingga urat-urat hijau di kepalanya timbul. Rasakan lah kau.

'Kau nak aku solekkan kau? Mari lah, aku solekkan.' Tangan lembut aku menyentuh wajah mulus Natalie yang berdagu halus dan aku merentap wajah itu kehadapan. 'Prakk!!' 'Arghhhh!!!!' kombinasi suara tubuh yang sakit dan bunyi apabila rambut seakan mahu putus dari kepala. Mungkin juga bunyi kulit kepala dan tempurung kepala yang enggan berpisah. Perlahan-lahan aku keluarkan pelentik bulu mata dari kocek. Aku meniup mata Natalie perlahan-lahan lantas aku kepit kepit dan kepit kelopak mata Natalie dan rentap sekuat hati. Habis berguguran bulu mata Natalie. Kelopak matanya merah berdarah.

Aku bernyanyi seorang diri girang lalu ku capai gunting pula sambil tersenyum. 'Natalieee, kau cantik. Tapi kelopak mata kau kurang sesuai. Mari kita buang sayang, ganti dgn yang baru.' bisik Melissa.
Kraakk ! Kelopak mata kiri Natalie aku gunting pula. Natalie menangis dan menjerit. Makin lantang jeritannya , makin mengalir darah keluar dari tepi bibirnya.

Aku memegang sebilah pisau tajam lalu toreh perlahan di kulit muka Natalie. Darah mengalir seakan-akan mengejar mata pisau. Natalie menangis. 'Kau tengok patung tu ? Sama tak kau dengan dia sekarang? Apa yang kurang? Hurm.. Oh ya, biji mata kau dua. Dia satu.' Aku merenung dalam-dalam mata Natalie. Aku marah benar dengan sepasang mata itu. Aku masukkan jari telunjuk aku dalam matanya, korek ! Korek sampai jari aku dpt rasa ceceair di biji mata. Aku picit biji mata itu/ Ya, kini kau sama macam patung aku. Bagus. Selesai.


'Arghhh !' jeritan Natalie mengejutkan aku. Oh, dia sudah tidak tertahan barangkali, dia meronta melepaskan diri sehinga mulutnya terbelah dan tempurung kepala berpisah dgn kulit kepala. Hai. Saya Melissa Ray. Saya menyediakan khidmat andaman dan solekan

No comments: