Melissa Bukan Pembunuh. #3

Aku mencampakkan kad jemputan Majlis Peragaan Fesyen itu ke meja. Apa perlu aku menghadirkan diri? Aku tidak suka orang tahu bahawa aku adalah Melissa Ray. Aku tidak suka wajah ku ini melekat dalam kotak ingatan manusia-manusia lain sebagai Melissa Ray. Cukuplah 'Yang Cantik-Cantik' sahaja yang merakam wajah aku sebelum mereka tidur lena. Kerna itu aku lebih suka pelanggan yang mahukan perkhidmatan aku datang sendiri ke rumah aku yang terletak dipinggir kota ini. Tapi kata Mika, majlis itu mengkehendaki semua yang hadir memakai topeng muka sebagai tema. Topeng itulah yang buat aku fikir dua kali mahu hadir atau tidak kerana tetamu-tetamu yang hadir kedengarannya sangat menarik, yang paling menarik adalah Sara. Aku senyum sendiri.

'Kau mahu pergi Mel?' tanya Mika. Aku membalas pertanyaan Mika dengan kesunyian. Imaginasi aku membawa aku terbang terawang-awang membiarkan Mika yang menantikan jawapan dari aku. Aku melemparkan pandangan ke arah Mika yang sedang membelek boneka bertalinya. 'Kau mahu ikut aku? Aku rasa seperti perlukan pertolongan kau untuk kali ini.' Mika mengangguk kepala tanda setuju serentak bersandar di sofa berdengus lembut.

    **********
Aku dan Mika melangkah masuk ke dalam dewan. 'Itu gadis cantik yang aku beri kau gambar tempoh hari. Cantikkan dia?' bisik aku ke telinga Mika sambil tangan membetulkan topeng dimuka. Mikhail Maverick senyum bermakna lalu mengangguk tanda faham. Aku memandang Mika yang melangkah yakin menuju ke arah gadis berbaju hitam. Mika dari jauh kelihatan rancak berborak dengan Sara. Pada aku Mika adalah teman sekerja yang senang diajak berbincang. Personalitinya yang diam serta merta berubah tatkala dia mendekati Sara. Sara itu pula, aku pernah menyolek dia dua kali sebelum ini dan dari situ aku tahu dia manusia yang tidak tahu erti menghargai nikmat. Maaf Sara, aku tidak bisa biarkan kau terus bernafas disini.

7.45pm

Aku perlu menepati waktu. Acara perasmian bermula tepat jam 9.00malam. 'Sara, jalan perlahan-lahan. Ikut saya.' kata Mika yang membimbing Sara ke dalam bilik pengcahayaan. Mika menutup mata Sara. Katanya, dia mahu buat kejutan untuk Sara kerana dia sudah lama meminati Sara, model yang cantik. Suasana gelap dan suram. Hanya ada butang-butang lampu. Bilik kecil yang suram ini sudah memadai untuk aku beroperasi. Aku kunci pintu bilik itu. Mata Sara dibuka. 'Eh, kat mana ni? Ini siapa Ricky?' Mika yang kononnya dipanggil Ricky menghulurkan kotak merah jambu yang diikat kemas dengan reben merah tanpa menjawab soalan Sara. Aku berdiri dibelakangnya. Sara membuka kotak itu dengan senyuman. Hadiah istimewa mungkin. Sara tergamam lalu mencampakkan kotak yang berisi gambar patung barbie dan gambarnya. Aku yang berdiri dibelakang Sara terus mencekup mulutnya dengan kain. Dia meronta-ronta, Mika membantu aku. Kudrat Sara terlalu kuat sehingga aku hampir terjatuh. Aku tendang Sara dibahagian belakangnya dan terus mengikat tangan Sara.

Sara meronta-ronta dengan mulut disumbat kain. Mika hanya memandang aku yang merenung Sara tajam. Sekarang adalah tugas aku. Aku memandang wajah Sara setiap penjuru, tiada ruang yang tertinggal. Wajah kejantanan sembilan puluh peratus sudah tiada. Yang ada cuma bibir yang mungil, wajah bujur sireh dan alis mata yang menawan. Aku pandang leher Sara. Kelihatan sedikit benjolan. Ya, satu sifat jantan yang tak dapat dia sembunyikan. Aku ambil pisau halus dari dalam tas tangan, pisau halus yang berbisa, aku toreh sekeliling benjolan dileher Sara. Aku mulakan dengan tusukkan di keliling halkum. Bunyi tusukkan itu mampu buat aku ghairah tersenyum. Dia meronta tapi tidak dapat bersuara dan hanya linangan airmata yang keluar.  Darah mengalir perlahan dari leher seolah mengejar mata pisauku yang halus. Selesai sahaja membuat satu torehan berbentuk bulatan, aku tikam dan tikam seluruh bulatan itu sehingga lunyai. 'Tak perlu punya halkum itu untuk gadis tiruan secantik kau. Mari aku buangkan.' Sara tersandar lembik. Satu lohong di leher Sara telah terhasil indah.

Aku rentap dress hitam Sara. Aku bogelkan dia dan ya aku jumpa lagi satu sifat yang belum Sara buang. Zakarnya. Dawai yang turut aku bawa dalam tas tangan aku gunakan. Layurkan dawai dengan pemetik api, layurkan supaya Sara dapat merasa nikmat kehilangan sifat yang dia tidak mahu itu. Dawai itu aku lekatkan dikulit zakar Sara. Kulitnya kelihatan cair, melekat lekat didawai dan menampakkan isi merah. Aku lekatkan lagi, indah sungguh tatkala melihat cairan kulitnya terurai. 'Panas ye? Tahan sikit ye. Kenapa kau tidak minta tolong aku sahaja buangkan anu kau? Tak perlu kau buat pembedahan jauh-jauh dengan harga ribuan ringgit seperti kau buat muka kau yang plastik ini. Aku sediakan perkhidmatan percuma sayang...' Dawai panas itu aku lilit disekeliling zakar 'Sara' lalu aku rentap sekuat hati. Darah memancut keluar. Zakar kepunyaan gadis yang bernama Sara telah terputus dua. Kini, Sara tidur lena seperti bidadari plastik yang lengkap.

8.35pm

'Mel, ayuh.' bisik Mika. Aku membalut Sara kedalam kain rentang majlis peragaan ini. Sara yang cantik bakal memperagakan keindahannya. Mika membantu aku menguruskan mayat itu. Bilik pengcahayaan aku tinggal dalam keadaan bersih seperti mula-mula.

9.00pm

'Tahniah semua kerana berjaya menghadirkan diri. Telah tiba masanya untuk kita sama-sama menyaksikkan hasil seni sentuhan pereka terkenal..... ' kedengaran ucapan pengacara majlis yang bergema diseluruh dewan namun aku dan Mika yang sedang menikmati minuman dimeja belakang asyik memerhati dewan. Kain rentang diturunkan, diturunkan bersama jasad Sara. Mayat Sara yang berlumuran darah jatuh bergolek di pentas. Seluruh dewan tergamam dan ada yang menjerit. 'Bijak kau Mika. Cantik cara manusia itu memperagakan dirinya yang sebenar. Terima kasih.' Mika terus meneguk air didalam gelas.

'Itu Sara, adik Natalie! Apa yang berlaku? Takutnya aku...' jerit gadis yang berlalu disebelah aku dan Mika.

Keadaan huru hara, lintang pukang hanya Melissa dan Mikhail yang tenang berdiri di penjuru itu.

No comments: